Bayi yang lahir pada 2021 dijangka hidup 12 tahun lebih lama berbanding lima dekad lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jangkaan hayat yang meningkat menunjukkan Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada 2030.